Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30959

4 Foto: Salma Mentor Dan Azri AF9 Selamat Bernikah

$
0
0

Juara  program Mentor 5 iaitu Salma telah sah bergelar isteri kepada Azri AF9 di Masjid Al Kautsar, Tawau, Sabah pada tanggal 31 Januari lepas.
gambar kahwin salma mentorPasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dan telah menerima mas kahwin bernilai RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM10 ribu bersama 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran buat pihak lelaki.

Jelas Salma beliau bersyukur majlis perkahwinan berjalan dengan lancar meskipun  tidak membuat persiapan rapi.

Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar. Jujurnya, tidak ada perancangan rapi untuk majlis kami kerana selepas Azri melamar dan masuk meminang, saya dan keluarga terus terima.

Ini merupakan perkahwinan yang pertama buat Azri dan kedua buat Salma. Sebelum ini Salma pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

gambar kahwin salma mentor
Tahniah kami ucapkan kepada Azri AF9 dan Salma. Semoga perkahwinan kali kedua ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Apa yang penting, pupuk kesabaran dalam hati dalam menempuhi alam rumah tangga. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar kahwin salma mentor


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30959