Quantcast
Channel: Beautifulnara -Terkini dan Sensasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30959

Jom Ke Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L Hujung Minggu Ini

$
0
0

Pembelajaran adalah satu proses yang tidak pernah berhenti. Setiap hari dalam kehidupan, kita akan belajar sesuatu yang baru. Jadi apabila mengetahui Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L akan diadakan hujung minggu ini (16-17 November), Abang Nara memang jadi sangat teruja.

my3l

Bertempat di Shah Alam Convention Centre, Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tak sabar rasanya nak pergi kerana banyak ilmu baru yang boleh diperolehi menerusi karnival yang bakal dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Yassin yang merupakan Menteri Pendidikan Malaysia.

Apa yang lagi best ialah barisan selebriti yang bakal memeriahkan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L. Kesemuanya hebat-hebat belaka. Inilah peluang untuk mereka yang hadir beramah mesra dengan Fizo Omar, Datin Norjuma, Chef Zubir dan ramai lagi. Aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan bersama mereka pun kesemuanya best-best belaka.
  • Sherry Ibrahim – Zumba Dance
  • Anding AF – Zumba Dance n Excuse Me
  • Ryzal Jaafar – Zumba Dance
  • Sheila Abdul – Zumba Dance
  • Chef Zubir Masterchef – Demo Masakan
  • Dato’ Fazley – Demo Masakan dan Persembahan Nyanyian
  • Nash – Persembahan Nyanyian
  • Nubhan AF – Persembahan Nyanyian
  • Dato’ Maznah – Aktiviti Bersama Ikon
  • Shahri Fuyoo Magic – Persembahan Silap Mata
  • Fizo Omar – Program Kursus Pendek
  • Datin Norjuma – Program Penggayaan Tudung
  • Saiful Nang – Bicara Foto bersama Saiful Nang

Abang Nara kalau dapat jumpa Datin Norjuma pun dah cukup puas hati dah. Banyak nak tanya soalan mengenai business tudung bawal beliau. Mesti banyak tips dan teknik yang Datin Norjuma akan kongsikan. Inilah peluang kita semua untuk belajar secara “direct” dengan selebriti-selebriti dan para usahawan yang bakal berada di sana dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

TEMPAT: Shah Alam Convention Centre
TARIKH: 16 & 17 November 2013
MASA: 9 pagi hingga 6 petang

Jadi kepada anda yang kelapangan masa, jangan lupa untuk menyertai Karnival Pembelajaran Sepanjang My3L hujung minggu ini. Bawa sekali ahli keluarga, rakan-rakan dan anak-anak anda. Banyak aktiviti menarik yang bakal dilakukan di sana. Untuk informasi lanjut, LIKE Facebook My3L dan layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yang Ini Pun Best Jugak:-


    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 30959